Followers

Monday, July 12, 2010

0
~E.M.O.~

bicara hati seorang hamba yang mengharap secebis kemaafan..~~
dikala tinta ini tertulis, aku sedang bergelumang dengan sejuta perasaan yang penuh dengan kegusaran dan aku tahu hanya Engkau yang maha mengetahui apa isi hatiku tatkala ini. tiada kata yang lebih berharga yang dapat aku luahkan selain memohon sejuta keampunan dariMu. aku adalah insan yang sering lalai dan leka dengan tanggungjawab ku. aku memohon kepadaMu ya Allah, tolonglah berikanku ketenangan, kekuatan dan kecekalan agar aku dpt terus berdiri dengan lebih kuat lg membimbing hati ini agar lebih teguh dan kuat mengharungi segala dugaanMu. Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengampun dan Penyayang, kembalikanlah kebahagiaan masa silamku, Engkau maafkanlah segala kesalahanku Engkau bantulah aku, Engkau kuatkanlah iman di dadaku.. sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala gusar di hati ini semendung awan di langit hari ini..
awan yang dahulunya putih ckup gelap bagaikan mengerti isi hati ini. cahaya matahari pun tidak mampu menunjukkan sinarnya sepertimana yang aku sempat capture kan untuk tatapan bersama. suram kelihatan tiada serinya. tetapi mendung yang dtg tidak akan kekal selamanya. cahaya matahari akan muncul jua akhirnya cuma tidak tahu bila waktunya. begitu juga aku harap pd hati ini. semoga ianya akan kembali pulih menjd secerah langit pagi dihiasi pelangi indah sambil disaksikan embun mutiara. sungguh indah ciptaanMu itu. Subhanallah, sungguh aku terleka dibuatnya. Ya Allah, bantulah hambaMu ini.. aku memohon secebis ihsan Mu ya Allah kerana aku tahu aku telah banyak melakukan kesalahan.. aku bersyukur dan terima kasih diatas segala rahmatMu yang tidak terhingga ini serta kesedaran yang membuat ku berfikir seketika.. semoga aku akan lebih kuat mengharungi segala cabaran dan dugaanMu.. Amin..

untuk insan-insan yang diluar sana, ingatlah bahawa walau apa pun yg berlaku Allah sentiasa ada bersama kita jgnlah pernah lupa akanNya.. aku akan cuba untuk melakukan yg terbaek walaupun ianya sukar kerana itulah kebahagiaan yg hakiki.. sekian dr N.A.. salam keinsafan.. take care & have a nice day semua..

Dari N.A: maafkan saya... sy akan cuba yg terbaek..;p

No comments:

Related Posts with Thumbnails