huwaaaa.... tanpa sedari, hari ini masuk hari ketiga, bumi Kota Tinggi dilanda hujan TANPA henti, cuma berselang-seli antara lebat dan hujan renyai. biru langit juga tidak kelihatan apatah lagi cahaya matahari kini sentiasa diidam-idamkan. yang ada hanyalah awan mendung yang kelabu, payung berwarna-warni yang kiranya dapat membantu menambah keceriaan hari. usah impikan mencari insan yang mengeluarkan peluh di petang hari malah mahu mencari gerai goreng pisang pemanas badan juga sukar ditemui. hujan yang diiringi dengan angin kuat, kini mencecah 3 hari ia turun tanpa berhenti..
kegusaran dan kegelisahan sudah mula terpamer diwajah-wajah penduduk Kota Tinggi. anugerah kurniaan Tuhan ini tidak mampu dikawal oleh manusia yang serba kekurangan. masing-masing hanya mampu berdoa agar kejadian tahun 2006-2007, tidak akan berulang kembali. jika dahulu tatkala malam menjelma, semua penduduk lebih selesa mendiamkan diri di rumah bersama keluarga, tapi kali ini lain pula ceritanya. pukul 11 malam, jalan-jalan di Kota Tinggi masih lagi penuh dengan kenderaan. dan yang paling menggusarkan bukan kenderaan Mat Rempit mahupun aksi Drift, tetapi kenderaan pasukan Bomba dan penyelamat serta JKR sudah sibuk menghulurkan khidmat dan memantau beberapa kawasan bahaya. Ah... semuanya sudah menjadi tak keruan..
begitu juga dengan kami.. cukuplah sekali kejadian 3-4 tahun lalu berlaku dimana Kota Tinggi yang gah dengan ayat Tingginya itu dilanda bah besar sehingga kami terputus hubungan.. kami?? yaa.. kami juga salah satu mangsanya.. Ya Allah jangan biarkan ia berulang kembali.. tetapi pagi ini, beberapa kawasan telah mula dinaiki air dan penduduk telah mula dipindahkan.. adakah masih mampu sungai kota yang telah dibesarkan menampung air hujan yang tidak berhenti ini? adakah empangan masih mampu untuk berfungsi? atau parit dan longkang masih kosong untuk mengisi air yang deras berlalu ini?? semuanya terus menjadi tanda tanya dan kegusaran semakin timbul di wajah penduduk Kota Tinggi. semuanya sudah menjadi suram belaka....
semoga Rahmat Tuhan ini tidak akan bertukar menjadi bencana... ketika ini Nadz masih berada di opis melaksanakan tugas seperti biasa. tetapi..... beberapa kawasan telah dinaiki air dan semuanya berada dalam keadaan berjaga-jaga. selepas ini Nadz mungkin terpaksa bergerak pulang ke rumah kerana kemungkinan besar air hujan yang tanpa henti ini akan menutup segala jalan.. mohon Nadz untuk semua.. Doakan Kota Tinggi sentiasa dibawah perlindungan, dan semoga kejadian 3 tahun lalu tidak berulang kembali.. amin..~~
dari papan kekunci: jika hujan lebat berterusan tanpa henti, Nadz terpaksa bergerak pulang... salam rindu untuk semua...
9 comments:
nasib baek dok tempat tinggi, klau x dh banjir dah umah
ade tnda2 nk banjir x?
kt umah i nie alhamdulillah la.xde la hujan pn pns pun x. take care yunk!
skrg mmg musim ujan sbb nk cny ler ...so jan mem ujan arr!
insya ALLAH... seme akan terkawal... ALLAH maha mengetahui akan kemampuan hamba-hamba yang lemah...
masa singgah makan di kota tinggi lewat disember lepas,bisk diceritakan pasal banjir yang melanda kota tinggi dan separas mana air tuh leh naik...pekan kota tinggi kan diapit oleh berapa buah sungai..
dengar semalam kota tinggi dah banjir ye dak?
@iema:
bagusla.. selamat.. hehehe
@bulan:
dah naik air pun yunk kat beberapa kawasan.. i pun xdpt g opis. banyak jln dh tutup.. sekarang hujan non-stop.. huhuhu
@uchi:
baekla.. hehehe
@dotblogspotdotkom:
amin~~ mudah-mudahan mcm tu la...
@biskut:
ye bisk.. sekarang dah makin teruk jugak nie. banyak jln dh tutup.. banyak pusat pemindahan dh dibuka.. nanti ada masa, nadz uploadkan gambar banjir yg lepas kat umah nadz ek.. (^__^)
Hujan adalah rahmat...
Hmm..tgk dlm berita bandar Kota dah naik air. Harap-harap tak teruk lah banjir kali ni.
Keep us updated ya Anis. Bila tgk berita banjir kat Kota mmg straight kepala teringat kat Anis..
@shaheila:
rahmat tuhan yang tidak terhingga besarnya tapi kadang kala bila kita tidak mampu mengawal mudah pula menjadi bencana.. (^__^)
@en.hairil:
terima kasih atas ingatan en.hairil.. alhamdulillah dah menampakkan cahaya juga sekarang nie.. insyaAllah anis akan selalu updated latest news by time untuk semua.. (^__^)
Post a Comment