Followers

Wednesday, November 24, 2010

8
Hepy Besday Sis

salam semua rakan blogger...

semalam teruja sangat bercerita pasal pergaduhan nadz dengan budak kecik tu sampai lupa nak cerita pasal besday adik Nadz semalam, 23 November. dah besar adik nadz ni, semalam genap umur dia 18 tahun. sekarang dia di matrikulasi tangkak. rasa macam baru semalam nadz main pondok-pondok ngan dia kat belakang rumah. dulu nadz ngan dia, nadz la yang paling besar, tapi sekarang saiz dia dengan nadz dah sama besar dah. aishhh.. hampeh! kalau dulu masa dia kecik-kecik asyik nangis je dalam buai, sampai nadz pun naik menyampah.. sekali hangen nadz datang, sekali libassss... zassss.... terbalik buai besi dengan dia-dia sekali tercampak.. hohoho.. betapa berkuasanya saya ketika itu.. lepas tu terus atok kejar ngan pisau toreh getah.. gagagagaga... sape suh nangis tak berhenti.. hahaha... bila dah besar pun nadz pernah bawa basikal laju-laju bonceng dia kat belakang, dengan kelajuan membabi buta tanpa sedari, kaki kak aina termasuk dalam rim tayar basikal.. apa nak dikata, selipar putus, koyak kulit... hehehehe.. soryla.. masa tu tak sengaja.. sapa suh tak reti dok diam.. (bersyukurla korang takde akak macam nadz)


masa sekolah rendah, kak aina merupakan atlit memanah sekolah hingga peringkat negeri.. nadz tahu memanah ni pun sebab selalu ikut dia berlatih memanah kat padang sekolah.. sikit-sikit nadz belajar hinggalah masa belajar di UTM, nadz mewakili Kolej nadz untuk sukam bagi acara memanah.. hahaha.. lawak-lawak tapi tak pernah menang pun, pencapaian tertinggi sampai separuh akhir jek. pastu terus pencen. serah tugas kat junior nadz plak.. majuk sebab tak pernah menang.. kui3.. adik nadz pernah ditawarkan ke sekolah sukan sebab pencapaian dia dalam acara memanah ni, tapi dia sendiri menolak atas sebab sayangkan pelajaran.. poyo la lu.. hahaha.. kira bagus gak la kan dia berfikiran macam tu..


sekarang dah lama dah dia tinggalkan dunia memanah nie.. masa dia atlit memanah dulu, ayah sanggup belikan dia bow (alat untuk memanah) yang lebih kurang rm300++ lau tak salah saya la. siyes, adik nadz memang sayang sangat-sangat dengan bow yang dah menaikkan nama dia, tapi sayangnya..... pada tahun 2007-2008 lau tak salah saya, masa Kota Tinggi tenggelam akibat banjir teruk dalam sejarah, bow yang diperbuat dari kayu nie dah rosak akibat terendam lama. waktu tu rumah kami tenggelam hingga tinggal bumbung rumah jek. banjir yang tidak disangka ini mengakibatkan banyak barang-barang kami tidak sempat diselamatkan, sijil-sijil adik nadz pun tenggelam. teringat dulu masa kami bersihkan rumah, benda pertama yang dia cari ialah bow dan sijil-sijil, malangnya semuanya dah rosak... hingga sekarang semuanya tetap jadi ingatan... (nadz ingat nak belikan dia hadiah sumpit la untuk besday nie, sebab nak gantikan bow dia tu tak mampu)


naik sekolah rendah, beza umur kami lebih kurang 4 tahun.. mula dia masuk form 1, satu sekolah asrama ngan nadz. masa tu nadz form 5, kira senior la kan.. masa orientasi nadz salah seorang fasililator yang terlibat, tapi bukan untuk semua sesi... tiada istilah adik beradik... sume orang sama rata, jadi paham-paham je la.... dia lambat ke apa, nadz selamba jek.. hampeh kan dapat kakak macam nadz. masa form 1, nadz tak pasti dia macam ada masalah metabolisme kurang rasanya. bila penat ckit dia akan pengsan. nasib baik masa tu nadz form 5. pernah sekali dia boley pengsan kat tengah-tengah kelas... ada sorang classmate dia ni sanggup berlari ke kelas nadz kat tingkat 3. padahal apa susah, panggil je la cikgu kat bilik guru tu, tingkat 2 je kot, tak yah susah-susah nak berlari sampai tingkat 3, nasib baik masa tu kelas nadz takde cikgu.. makanya, sebagai seorang heroin penyelamat dunia, nadz pun berlari membuat apa yang patut... nadz pun xpaham apa masalah dia masa form 1, asyik kuar masuk klinik jek.. tapi sekarang................... lain pulak jadinya... dialah yang lebih berkuasa.... hahaha...


dan hari ini... semuanya dah berubah.. semua dah meningkat dewasa.. masing-masing dah ada hala tuju masa depan... dedicated to my lovely sister, Nur Liyana Nadzirah hj Sukarti a.k.a. kak aina.... selamat hari lahir, semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki.. dipermudahkan segala urusan.. wish u all da best n gud luck for everything... ingatlah bahawa, dimana sahaja kita pergi, bumi yang kita berpijak ini adalah sama, tanah yang dipinjamkan untuk sementara, udara untuk bernafas sebagai penyambung nyawa, air bersih sebagai keperluan kita semua ini adalah pinjaman dari Allah yang Esa.. dan ingatlah bahawa, ibu ayah itu banyak berkorban untuk kita... love u dear!!!!

salam sayang,


8 comments:

Aida Azryn said...

Happy besdey to ur sis~ ;)

Nur Liyana said...

kak.. yg jtuh bsikal tu mase nk blikn susu adk eah? huhu :D sobsob.

maisyah said...

Selamat Hari Lahir kepada kak Aina tu..

*eh..siyes saya senior lagi..hee..

ANIS HJ SUKARTI said...

@aida:
thanks.. nanti sy sampaikan...

ANIS HJ SUKARTI said...

@qila:
tahu tidak apa... hehehe

ANIS HJ SUKARTI said...

@maisyah:
thanks kak!

ej said...

huhuhuh.. nak jadik adip ipar bulih??? hahahhaha.. semoga panjang umur dan dimurahkan rejeki.. aminnn..

ANIS HJ SUKARTI said...

adik ipar? hahaha...
aminn.. thanksss.. (bagi pihak)

Related Posts with Thumbnails