Followers

Monday, February 28, 2011

17
Jemput Minum Semua

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

orang tua-tua pesan, kalau ada tetamu datang rumah tak elok hidang jug ntuk tetamu yang datang. memang sumpah tak sopan. cuba bayangkan.. tetamu korang kena teguk air dalam jug.. huh! siyes.. kalau bakal mak mertua yang datang awal-awal dah kena rijek. apa punya bakal menantu la kan. sungguh tidak sopan. tapi ada ke yang buat? ntah.. tapi kalau di kedai? memang saya yakin 200% mesti ada yang buat! 



haaa!! tengok2!! bila waiter tu datang tatang dulang bawa air dalam mini jug ni siyes terkedu lain macam. aramjadah! even dalam mini jug je, boley habis ke air macam nie. lainlah kalau baru lepas buat merentas desa enamkilometer. memang dapat 2 bonus waktu tu. hilang dahaga plus perut kembung. bila berjalan siap boley dengar bunyi air berkocak lagi dalam perut. erkk.. 


memang sangap kena habis kan air dalam mini jug. tengok muka my lil sis yang nie memang bahagia, tapi kalau tengok muka saya ngan my other sis memang sikit punya stress (sebab tu xmo upload gambar) hahaha. kalau tak habis ibu cakap membazir.... nak tak nak kena juga seduuutttt sampai kembung perut. sekali tengok macam mini jug saiz biasa, tapi cuba bayangkan tang bahagian bawah mini jug yang memboncet sikit tu, korang rasa isipadu dia sama ke macam isipadu gelas biasa? i dont think so.. sebab semput kemain kitorang nak habiskan... but at the end, memang tak habis... membazir.. lau tau saiz air dia mcm tu confirm-confirm kitorang order 2 air je untuk 3 orang minum. huh!

dari papan kekunci: cuba bayangkan kalau nak minum takde straw, kat bahagian mana korang nak minum? kalau saya, senang je... nganga mulut besar-besar, tuang air dalam mulut guna muncung tu.. haa... cool x? cool kan3... lalalalala... 

Friday, February 25, 2011

9
Indahnya Ciptaan Tuhan

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

Lihatlah ombak di tengah lautan
Berjuang menuju tepian pantai
Tak pernah lelah tak pernah bosan
Tak pernah henti tak pernah usai

ingatlah usaha yang berterusan tanpa mengenal erti kegagalan itu akan membawa kepada seribu kejayaan. jangan memandang sepi pada indahnya ciptaan tuhan kerana disebalik keindahan itu tersembunyi sejuta kekuatan dan dorongan. dan jangan pula kau menghina pada buruknya kejadian kerana sesungguhnya ianya akan membawa kepada sejuta penyesalan. lihatlah sesuatu kejadian itu dengan mata hati kerana disitulah terletak kekuatan hakiki... jenguk di luar tingkap dan lihat di atas langit... dimana indahnya langit? adakah pada warna birunya atau pada awan putihnya?? tepuk dada dan tanyalah hati.. 


dari papan kekunci: jangan ditanya apakah maksudnya, kerana saya menaip mengikut rentak jari menari dan bergantung kepada bicara hati yang kadang kala saya juga tidak mengerti.. heh.. memang sukar memahami diri sendiri dan juga kemahuan hati... atau mungkin saya cuba menipu diri sendiri?? (^__^)

Thursday, February 24, 2011

17
Countdown to Wedding Day

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera...


surprise tak tajuk?? sapa yang nak kawen?? saya2!!!! hahaha... sebelum nak membebel panjang, semasa gambar diatas diambil semuanya masih berstatus single dan in a relationship.. masih belum lagi yang berstatus tunang orang atau pun isteri orang....... tapi... tak lama lagi salah seorang dari kami yang kini berstatus tunang orang akan menamatkan zaman single nya... huh! bakal isteri orang..... macam tak percaya.. cepat betol masa berlalu kan...

inilah insan yang bertuah tu.. SITI RAHIDA BINTI MOHD NOR... ini masa kami lepak sama-sama... rindu kamu cekda......


haaa.... ni gambar latest, last week, kami tolong cekda cari barang untuk wedding dia... excited giler kan kami pilih barang untuk wedding cekda tu.. bahagiaaaa... lepas tu, kami cari baju nikah plak tapi x sempat capture gambar masa pilih baju tu sebab kami excited sangat nampak baju nikah yang cantik2.. almaklumlah nak tunggu sendiri punya ntah tahun bila.. so.. tumpang seronok la... hihihi.. last-last hanya survey je.. mungkin minggu nie baru cekda akan pilih yang berkenan bersama bakal asben beliau. almaklumlah masa dengan kami, banyak sangat ceritanya.. sampai kedai dah nak tutup masih lagi dalam fitting room.. kui3...

sebenarnya... nak minta maaf berjuta-juta lemon kat cekda coz tak dapat turut serta rombongan member2 lain ke wedding nie kat kelantan nanti.. atas sebab-sebab yang tidak dielakkan. memang sedey ya amat.. lepas nie lau jumpa cekda, n then u belong to your asben... kami dah buat dah sesi-sesi peluk bagai, sambil ribut petir.. x mau letak gambar masa tyme touching-touching tu... siyes hodoh... dorang nie yang pakat amik gambar candid waktu tu.. xpe-xpe.. feeling lebih... saya sayang kamu cekda! always!!!!!!! oh ya... weding cekda akan berlangsung pada 12 Mac ni di kg. Gelung Badak.. semoga semuanya berjalan lancar.. untuk member-member lain yang datang tu.. jangan lupa taw!!! prepare 3G untuk saya waktu tu macam dalam perjanjian kita n lastly... make sure plan kita menjadi ntuk weding tu!!!! luv u all!!!!!!! muah3..

dari papan kekunci: hmmm... cepatnya masa berlalu kan.. kawen dah kawan saya sorang nie.. rasa macam baru semalam kita tunggu bas sama-sama nak g kuliah, bersengkang mata siapkan PSM, esemen, prepare untuk kuiz, test, final... kita celebrate besday masing-masing sama-sama, kita gelak, menangis, berujan, berpanas, join program sampai ke sabah sarawak dan lastly.. kita naik pentas pakai jubah ngan mortaboard yang sama untuk terima ijazah yang sama........ hmmmmmmmmm.... (termenung sambil kesat air mata)

Wednesday, February 23, 2011

15
Jom Buang Lemak

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

perkara paling 'bercinta' untuk saya praktiskan dalam kehidupan seharian ialah bersenam mengeluarkan peluh. kalau dulu member-member selalu cakap aktiviti sayang lemak la ni kiranya. almaklumlah lemak dah sebakul pun rilek lagi guling-guling atas katil ngadap laptop sambil mulut ngunyah cekedis.. nyum.. nyum.. hmm.. sedapp... tapi bukan langsung tak berusaha nak merajinkan diri untuk buang segala babat-babat yang ada.. pernah woo... tapi ikut musim la.. lau musim org cycling je, tiba-tiba teringin nak cycling jugak.. 2-3 hari jek pun tak lama.. dengan alasan bizi la kunun... pastu mampu tengok je... 

itu cerita lama... sekarang kita perlu lakukan anjakan paradigma!!! power rangers cakap BERUBAAAAHHHH!!! ultraman dyna jerit BERTUKAAAARRRRRR!!!! jadi setiap hujung minggu kalau rasa nak buang segala lemak yang terkumpul pagi-pagi ikut ibu ayah pergi sini...


haaa... ni la tempatnya.. Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Kota Tinggi.. nak buat apa pergi sini?every sunday morning dorang akan ada sesi motivasi ngan senaman pagi. haaa... baru seronok macam nie. buat beramai-ramai. plus takdelah bosan sangat kan3.. biasanya akan ada ponco-ponco atau senaman lain. bergantung la pada siapa yang akan mengawal aktiviti hari tu. dan kebetulan last week ritu, waktu saya join, YB Asiah, Adun Johor Lama datang untuk beriadah bersama. so.. cerita panjang pun boley buat bosan.. jom cuci mata.... (^__^)








waktu nie, kali pertama kami buat senam seni, senaman yang rasanya baru jugak la diperkenalkan. tapi memang seronok sebab ada pelbagai elemen dalam senaman tu. tengok-tengok... ada gaya macam penari lagu Kuch-kuch Hota Hai pun ada kan gaya dorang. habis je senam seni ni, kalau korang cakap ketiak tak basah memang membohong! melainkan korang banyak skip senaman tu.... owh lupa.. selain saya, yang lain-lain tu ialah terdiri daripada AJK, para staff serta warden PKAYI... 

dari papan kekunci: lepas balik je dari aktiviti tu terus cari alat penimbang, agak-agak turun ke tak? hihihihi

Tuesday, February 22, 2011

12
Bomba dan Latihan Kebakaran

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

sewaktu di zaman persekolahan, latihan kebakaran adalah suatu perkara yang paling menyeronokkan. kamu tahu kenapa? bukan sebab dapat usha abang-abang bomba yang datang mahupun dapat tengok pertunjukkan atau aksi-aksi memadamkan kebakaran tapi ialah disebabkan bila latihan kebakaran diadakan waktu pembelajaran, paling busuk pun waktu kelas akan tergendala antara sejam atau dua jam. kalau nak lagi lama, korang boleh praktis jalan itik plus lenggang mak limah sikit bergerak ke kawasan berkumpul. paling kurang pun korang akan kena bebel sikit je. tapi make sure yang ketika itu adalah latihan kebakaran dan bukannya kebakaran yang sebenar. 

itu cerita bila latihan kebakaran dibuat waktu persekolahan, tapi kalau untuk kawasan asrama? siyes akan ada orang yang standard tido tak boley diganggu tu akan rasa macam nak tuuuuuttttt je. almaklumlah.. waktu tido diwaktu malam adalah sangat berharga inikan pula diganggu dengan perkara-perkara yang membuatkan anda tak tentu hala di tengah-tengah malam. tapi sebenarnya ini adalah waktu yang paling bahagia bagi kami. anda tau kenapa? waktu ini lah anda akan lihat segala 'makhluk-makhluk' yang tersembunyi... yang cucu-cicit mak lampir nya lain, yang berselubung dengan selimutnya lain, yang tepek bedak sejuk 10inchi nya lain dan yang paling rasa macam nak bagi kaki ialah jenis yang tido mati punye!! sebab apa keturunan ini membuatkan kita semua naik angin? sebab.. bila mereka lewat turun, maka akan lewat jugaklah perhimpunan latihan kebakaran ini akan habis dan berkuranglah waktu tido yang amat berharga itu. 

nampak bukan perbezaan latihan kebakaran waktu persekolah dan waktu asrama? tapi waktu di asrama, satu benda yang korang seboleh-bolehnya kena elak lakukan ialah membuka mulut ataupun sangap standard blue hyppo tu!!! (ini pesanan untuk sesetengah pelajar yang mulutnya harum lain macam, almaklumlah, kalau waktu kecemasan macam nie, kalau korang sempat berus gigi atau sembur perfume satu botol, memang satu lagi keje yang giler, andai kata kebakaran betol berlaku dan anda melakukannya maka .................)

tapi sebenarnya anda tau, bila setiap latihan kebakaran anda ialah penonton setia sebenarnya anda tidak akan rasa keterujaaan sebenar berjumpa dengan pasukan bomba. anda mahu lihat keterujaan sikit punya real oleh sorang member nie? sekali pandang macam kanak-kanak tadika pergi lawatan ke balai bomba, tapi kalau tgk paras rupa mcm orang ada masalah mental pun ada...... 







unbeliavable?? believe it................... so.... bagi yang spesis sama macam member nie, kalau satu hari korang terlibat dengan latihan kebakaran, serbulah kereta bomba tersebut dan nikmatinya jika anda tidak mahu digelar JAKUN macam member kita diatas tu......................... haissshhh.. ish3.. 

dari papan kekunci: lokasi member ini berada ialah di Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Kota Tinggi dan bukannya di Balai Bomba.... peace!

Monday, February 21, 2011

17
500th Follower

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera....

salam isnin untuk semua.... tuan-tuan dan puan-puan, adik-adik manis dan abang-abang macho sekalian... kita mulakan info isnin di minggu ini dengan berita gembira... ngeh3... halakan anak mata anda ke jumlah follower saya... hahaha.. hohoho.. hihihihi... yeaaaahhh!!! alhamdulillah.. From Kota Tinggi With Love, sebuah blog hasil kerja tangan Nadzirah Aqilah (bukan nama sebenar) kini mencecah 500th Follower.. OMG!!! terima kasih kepada semua... walaupun tidak mencecah beribu-riban macam yang lain tapi jika dilihat kepada perkembangan tuan blog ini yang berblogging macam siput sedut ngan biskut chipsmore ini, kejayaan ini adalah suatu kejayaan yang membanggakan.. chewaahhhh!!!!!! hakhakhak.. jom lihat siapa yang bertuah............... cekidaout....




blog yang berwarna biru ini ialah kepunyaan kak Zaidah... big clap untuk kak zaidah!! Plapp!! Plapp!! Plapp!! hahaha.... kita review ckit profile kak Zaidah ini ya untuk kita sama-sama menambah kenalan alam maya nie.. untuk pengetahuan semua kak zaidah dah pun mendirikan rumah tangga selama 8 tahun 5 bulan dan 1 minggu bersama suami tersayang. dan mempunyai 3 orang cahaya mata, Nurulain Nabilah, Muhammad Nabil dan Muhammad Firas... ketiga-tiga orang ni sangat comel okey!! x caye? haaa... tgk kat header blog tu pun dah nampak dah kan.. errr... sebenarnya segala maklumat diperolehi dari blog tu sendiri.. alaaaa.... kat daisypath tu.. hikhikhik...

baeklah!!! saya dah jadi follower kak zaidah.. anda bila lagi??? jom sama-sama kita tambah sahabat maya kita di blog ComeL... btw.. thanks Kak Zaidah!!!!!!

dari papan kekunci: rasa bahagia plak buka blog hari ini n baca comment semua.. terima kasih tidak terhingga kepada rakan semua yang sentiasa buat saya tersenyum!!! u all are fantastic!!!!!! lalalalalalalalalala....

Friday, February 18, 2011

25
Lautan dan Pantai

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera....







TIDAK AKAN BERJAYA MENYEBERANGI LAUTAN DENGAN HANYA MERENUNG PANTAI






jangan pernah sesekali kamu mengeluh dengan luasnya pantai dan tingginya ombak. kerana setiap yang di depan mata itu ada jalan penyelesaiannya. dan jangan kamu berhenti untuk terus berusaha dalam mengorak langkah kejayaan kerana andai selangkah kamu berhenti dan berpatah balik semuanya akan terus menjadi seperti sediakala. dan tika saat itu terjadi, jangan kamu anggap akan wujudnya sebuah anjakan paradigma sebuah kehidupan... ingatlah bahawa usaha yang tiada berkesudahan itu akan diiringi oleh manisnya sebuah kejayaan... (^__^)
google

dari papan kekunci: errr..... bizi la.. xsempat nak jengah kamu.. kamu.. dan kamu... sory ya!! miss u!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, February 17, 2011

11
Segmen Al-Kisah

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

kita berlintas langsung di hari khamis yang berbahagia ini di pekan kecil Kota Tinggi, Johor. pastikan anda terus bersama saya, Nadzirah Aqilah (bukan nama sebenar) selaku pemberita anda kali ini.... hahaha.. poyosss... baiklah secara jalan lurusnya, untuk kesekian kalinya, saya nak join satu segmen yang dianjrkan oleh saudara Krole kita ya kawan-kawan.. anda kenal beliau? mustahil anda tidak mengenalinya.. bagi saya, ingat DOMO ingat KROLE.. hahaha... baiklah.. kita mulakan.... pada suatu hari... tersebutlah al-kisah.......


kenapa saya berblog??

hmmmm..... secara terus terangnya.. mula-mula saya mengenali dunia blog ni adalah atas dasar suka-suka. kunun-kunun menambah ilmu pengetahuan mengenai dunia internet. tapi at that tyme, blog ini hanya dibuka sekadar untuk men 'sign up' sahaja. n then bila didalam hati berkata "ohh.. dah ada link blogspot sendiri dah..." pastu secara tidak langsung merenung kosong memandang skrin laptop.. hmmm.. pastu nak buat apa ek? sumpah blur... xtau nak watpe. pastu a next after, barula teringat ada akaun blog, dan slow-slow explore sendiri benda bernama blogspot nie. sehinggala ke hari ini, berkat bantuan mereka-mereka yang berpengalaman... oh ya.. masa mula-mula menggatalkan tangan men'sign up' kan diri dalam blog ni, masa tu saya masih lagi bergelar student di UTM, plus kolej saya masa tu ada kemudahan internet free di setiap bilik tu yang rajin sangat explore. tapi post saya yang pertama ialah masa saya telah bertukar status menjadi orang yang bekerjaya.. hahaha

apa saya dapat dari blog??

memang luas untuk dinyatakan... bagi saya, dunia blog lebih dari segalanya... apa sahaja anda mahukan ada di sini jika anda pandai menggunakan kemudahan ini sebaik mungkin... bagi saya benda paling berharga saya dapat dalam dunia blog ini ialah sebuah PERSAHABATAN alam maya.. siapa kata sahabat maya itu tidak memberikan apa-apa? orang selalu menggangap sahabat maya membawa kepada seribu penipuan, tapi sebenarnya ianya adalah fikiran yang perlu diubahsuai. sebagai contoh, ramai sahabat maya saya kenal disini antaranya seperti Krole, Cahaya Cinta Ilahi, Yul, Bulan, Ghost Writer, Encik Mamat, Silah, Panadol, shazmiey dan ramai lagi untuk saya berikan satu-satu nama (ingatlah bahawa saya tidak pernah melupai anda semua sebagai sahabat saya)... apa yang penting dalam sebuah persahabatan ialah KEIKHLASAN... dan ingatlah sahabat itu berada di mana-mana sahaja... (^__^)

idola saya dalam dunia blog??

dalam arena blog ni, bagi saya tak kira dia adalah blogger lama ataupun baru, semuanya sentiasa menjadi idola saya. dengan siapa sahaja kita mampu mempelajari setiap perkara.. bukan kah ilmu itu terlalu manis untuk dikongsi bersama..... jadi setiap blogger yang saya temui, jika ada sesuatu yang saya suka dari beberapa sudut yang berbeza dia lah idola saya... 

ehh.. dah habis dah.. sekian segmen al-kisah dari saya.... harap jawapan yang diberikan memuaskan hati.. tapi macam membebel panjang la plak.. kui3... jika anda berminat untuk join segmen al-kisah ini zasssss disini....

dari papan kekunci: anda tahu nama disebalik Nadzirah Aqilah tu?? biarlah rahsiaaaa..... ahakssssss......

Wednesday, February 16, 2011

30
Entry Ringkas

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

pesanan dari tuan tanah.. ini adalah entry yang paling ringkas dan pendek yang pernah terhasil dalam sejarah blog  ini.. diharap penyampaiannya cukup sempurna dan difahami oleh semua lapisan masyarakat...... tuan tanah hanya ingin mengatakan............................................








SAYA BAHAGIA JIKA ANDA BAHAGIA












dari papan kekunci: hihihihi.... (^__^) oh ya.. rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Salam Maulidurasul untuk semua.... oryte.. blogwalking tyme.. lalalalalalalalalala

Monday, February 14, 2011

25
Cekal

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

aku tidak sedih malah bukan jua aku kecewa..
aku tabah, cekal dan gagah menghadapi semuanya..
lihat.. senyumku, gelak ku dan juga tindak tandukku...
semuanya seperti sedia kala bukan?
tapi.....


anehnya rasa ini...
pandanganku kosong tiada isi..
senyumku tawar tanpa erti..
gelakku juga hiba tiada penyeri..
semuanya tiba-tiba bertukar menjadi sunyi sepi...

tatkala ini.. butiran itu makin cepat alirannya..
puas aku kesat dan keringkan ia..
tapi segalanya menjadi sia-sia belaka..
apa selemah itu hati ini?
tidak!! tidak!! aku kuat!!!
hatiku kering!!
yang tersedu itu bukan aku...
yang lesu itu juga bukan diriku..

cukup....!
jangan engkau terus mengalir wahai sang air mata..
bukankah dirimu cukup berharga?
biarkan sahaja mereka gembira..
bukankah kamu cekal mengharungi segalanya........


dari papan kekunci: .......................................................

2
Saya Nak First Giveaway From De'din

Assalammualaikum w.b.t. dan salam sejahtera...

nadz dengan ini mengishtiharkan bahawa nadz tidak akan berputus asa untuk terus menjoinkan diri bagi mendapatkan peluang memenangi Giveaway mahupun contest yang dianjurkan oleh rakan blogger..!!!! hahahaha.. baek punyerrr!!!

setelah digunting dan dipendekkan cerita, dengan bangganya nadz nak join First Giveaway From De'din.. satu Giveaway yang julung-julung kalinya di anjurkan oleh beliau. rasanya Giveaway nie dah 2x bertukar syarat. ini nadz tau dari entry tu la. tapi nadz xpasti apa syarat firstnya. hehe. oh ya.. GA kali ni nadz telah ditag oleh Cahaya Cinta Ilahi.. u memang sangat baik hati yunk selalu je inform ngan i pasal contest ngan GA nie.. hehehe.. baiklah.. kita teruskan dengan syarat pertandingan (yang nadz copy n teh dari blog penganjur nie)...

syarat nya cukup mudah !

1) Buatkan satu entri bertajuk 'Saya nak first Give away from De'din '
2)(Jangan lupa link blog De'din dalam entri tu)
3) listkan hadiahnya !
4) tag 3 blogger dan pastikan mereka mengetahuinya !
5) tinggalkan link Entri Giveaway dibawah entri ini
6 ) dan mention kan penaja tshirt tersebut..

nak tau apa hadiah yang disediakan??

hadiah

1st   : Sehelai tshirt anak negeri pilihan anda (nak t-shirt anak JOHOR!!!!!)
2nd  :Top up RM 10
3th   :Top up RM 5

hadiah pertama tersebut adalah ditaja oleh:



STRAWBEARU

haaaa... seronok dan lumayan kan?? hehehe... baiklah mangsa tag nadz ialah Cik Aki, aD ngan my dear bulan.. hahaha.. sory ging... ada masa kiter join ya... hehehehe....

dari papan kekunci: untuk De'din selaku penganjur GA, jika ada yang belum menepati syarat sila halo2 balik ya. nanti nadz betulkan.. hehehe.. tenkiu2!!!

Friday, February 11, 2011

27
Contest Senyum Tak Nampak Gigi

Assalammualaikum w.b.t. dan Salam sejahtera..

senyum seindah suria...
yang membawa cahya..
senyumlah dari hati..
duniamu berseri..

senyum umpama titian..
dalam kehidupan..
ku tersenyum.. kau tersenyum..
kemesraan menguntum...

kita mulakan hari jumaat dengan senyuman yang ceria... weeeeeeeee.... hahaha.. saje bagi intro baek.. semalam my dear darling, Cahaya Cinta Ilahi tag nadz ntuk join satu kontest yang dianjurkan oleh cik muazatul.. Contest Senyum Tak Nampak Gigi.. thanks cik cci coz sudi tag nadz ntuk join contest nie.. tapi... bila nadz tgk tajuk je, nadz dah rasa nak pitam... u noe what... dalam seribu pic nadz mungkin satu je la yang nadz akan senyum xnampak gigi.. itupun macam kena paksa n photographer tu cakap "semua wajib senyum tutup mulut!" arghhh.. masa tu nadz dah mula berpinar-pinar... secara jujurnya.. nadz tak reti senyum tanpa menunjukkan barisan gigi, even gigi xla cantik macam model iklan tu.. hahaha... bukti? silalah tengok header blog nie... 

tapi sebenarnya.. baru nadz tau masalah nie bukan nadz sorg yang menghadapainya, coz penganjur contest pun sama.. kiter serupa!!!!!! hahaha.... boley jadi ging ni.. jadi. ntuk contest nie nadz memerlukan masa yang agak lama ntuk cari pic yang bersesuaian...

pic nie tak boley.. memang jelas nampak gigi kan.. out!! next...

huh! pic nie pun sama.. gigi tu gigi!!! reject! next pic please.........

haaa... pic ni jauh.. errr.. nampak jugak ek? okey2.. cari pic lain.... hmmm...

haaaaa!!!! yes!!! yg nie confirm xnampak gigi.... ini nadz waktu berusia 3 tahun mungkin.. nadz pun x ingat.. punyela kan.. kecik2 je nadz senyum xnampak gigi.. hahaha.. apa? nak pic sekarang??? alahai... 

hahahaha.. kan nadz dah cakap.. inilah rupenya lau nadz senyum xnampak gigi.. sama x mcm pic nadz masa kecik je... korang rasa senyuman tu ikhlas ke x? hahaha.. ntuk cik muazatul... dun wory.. kita serupa... kui3...

okey.. tiba masanya ntuk tag insan bertuah.. nak tgk jugak caner korang senyum.. hikhik... cik yuHuu, Bro Yul, Kak Koi, Bro aD n lastly Bro Krole.. (Krole, tiada paksaan.. awak pun bizi ngan kontest jugak kan..) hehehe.. gud luck sume...

dari papan kekunci: senyum adalah penawar kepada sebuah kegelisahan.. (^__^)

Thursday, February 10, 2011

13
Hero

Assalammualaikum w.b.t. dan salam sejahtera..



Hero- Mariah Carey

There's a hero

If you look inside your heart

You don't have to be afraid
Of what you are



There's an answer

If you reach into your soul
And the sorrow that you know
Will melt away



And then a hero comes along

With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive



So when you feel like hope is gone

Look inside you and be strong
And you'll finally see the truth
That a hero lies in you



It's a long road

And you face the world alone
No one reaches out a hand
For you to hold



You can find love

If you search within yourself
And the emptiness you felt
Will disappear



And then a hero comes along

With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive



So when you feel like hope is gone

Look inside you and be strong
And you finally see the truth
That a hero lies in you



Oh ho, Lord knows

Dreams are hard to follow
But don't let anyone
Tear them away, hey yea



Hold on

There will be tomorrow
In time, you find the way, hey



Then a hero comes along

With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive



So when you feel like hope is gone

Look inside you and be strong
And you finally see the truth
That a hero lies in you



That a hero lies in you


ingatlah bahawa, didalam hati ini tersembunyi satu rahsia yang sukar dilihat dari mata kasar. percayalah pada diri sendiri kerana walau selemah mana pun kita, sesungguhnya disebalik hati itu tersembunyi satu kekuatan yang hanya terpendam jauh di lubuk hati...

jangan pernah mengharapkan pada belas ihsan insan lain dalam mengharungi kehidupan kerana dalam diri ini ada JUARA yang sentiasa menemani...  carilah ia kerana dengan JUARA itu kita boleh terus berjuang untuk melangkah maju ke hadapan....

dari papan kekunci: nadz suka lagu nie.. sebab bila nadz dengar lagu nadz akan fahami liriknya.. teheeee... nadz ngan kawan2 suka sangat2 lepak karoke.. disebabkan sore nadz yang hmmmmmmmm.. jadi bila ada lagu yang nadz suka nadz akan suruh member2 nadz nyanyi.. hahaha.. kindly miss my dear friends.. sob3

Wednesday, February 09, 2011

21
Nak Join Bloglist Krole Boleh??

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera...










hahaha.. merapu jap ngan gambar-gambar domo tu sebabnya Krole, selaku penganjur memang amat-amat fanatik ngan domo-kun nie.. sebenarnya nadz cuma nak inform kat anda semua yang Krole ngah buat contest untuk tersenarai dalam bloglist beliau. siyesly, nadz memang teruja nak join coz krole merupakan salah seorang sifu nadz dalam dunia blogger.. hehehe.. sebenarnya tak lama pun contest nie dibuka hanya sehingga jumaat nie, 11.02.2011 jadi siapa cepat dia dapat. hahaha.. untuk yang berminat jom usha kat sini... errrr.. banner krole nadz letak kat cnie ek.. hehehe.. oh ya.. sebelum tu nadz nak tag my dear darling.. Cahaya Cinta Ilahi untuk join contest nie.. hehehe...


dari papan kekunci: untuk member serumah krole yang mengadili.. psstttt... tulun jangan lupakan saya!!!!! hahaha.. wink2.. btw.. thanks Krole untuk contest nie! i likeeeeee.....

Tuesday, February 08, 2011

15
Selamat Ulangtahun ke 25!!!!

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

tulunn.. tulunn.. nadz lemasssss...!!! hahaha.. gotcha!! haaa.. kan lama kan tak nampak nadz kat sini.. usah ditanya kemana saya menghilang.. hilangnya saya hanya seketika, mencari inspirasi hati didalan kegelisahan yang melanda.. ceytt.. malas nadz nak explain sebenarnya. hahaha.. sory ya.. firstly alhamdulillah, banjir dah kembali surut seperti sediakala.. terima kasih atas keprihatinan semua... oh ya nadz ada teka-teki nak bagi sempena dengan banjir yang sudah memulihkan dirinya.. tapi kena cari kat bawah entry nie nanti.. weeeee....

baekla.. kita berbalik kepada tajuk utama.. (ini bukan lagi siaran berita banjir) cepat-cepat teka ulangtahun sape??? nadz?? anibeseri sapa plak kan yang mencecah jubli perak nie............(sunyi)...................... lambat!!! biar nadz je bagitau.. hahaha... dengan ini berikan tepukun gemuruh kepada nadz dan pasangannya!!! yeaaahhh!!! okey tipu jek... (^__^) 

*****************************************************************************
sebenarnya ulangtahun keduapuluhlima ini adalah ulang tahun perkahwinan 2 insan yang amat nadz sanjungi dan sayangi.. mereka ialah....

Tuan Haji Sukarti bin Kandari
dan pasangannya
Puan Normalah binti Sikom

insan yang amat-amat istimewa dalam hidup nadz dan adik-adik.. segala penat-lelah, jerit-perit sepanjang duapuluhlima tahun ini ternyata tidak akan kami sia-siakan begitu sahaja. jasa kalian berdua memang tidak terhitung dengan harta benda malah juga dengan emas permata, tapi satu yang sentiasa kami adik beradik hulurkan tanda ingatan walau dimana kami berpijak iaitu doa tulus ikhlas untuk kesejahteraan kalian berdua. kami akan sedaya upaya berusaha menjadi insan yang berguna, mencoret dan melakar hala tuju kami untuk menjadi insan yang membanggakan kalian berdua kerana kami tahu, marah nya kalian bukan bermakna benci dan diamnya kalian bukan bermakna tidak setuju malah itu semua adalah tanda sebuah kasih sayang yang tidak berbelah bagi.....


khas untuk insan yang kami sayangi...

ibu ayah...
terima kasih yang tidak terhingga atas pengorbanan kalian selama ini..
terima kasih juga atas segala yang telah kalian curahkan kepada kami..
juga maaf atas segala kesalahan dan keterlanjuran kata dan perbuatan kami bertiga..
doa kami untuk Yang Maha Esa, semoga kebahagiaan ini akan terus berkekalan hingga hujung nyawa..
segala suka duka rentetan perjalanan ini, akan terus kami jadikan pengalaman dalam menempuh hari yang mendatang..
Ya Allah terima kasih atas segalanya..
panjangkan usia mereka dan kau hulurkan perlindunganMu kepada kami sekeluarga..
ibu.. ayah..
kalian sentiasa dihati kami..
Selamat Ulangtahun perkahwinan yang ke duapuluhlima!!!!!

dari kami anakmu..
Nur Khairunnisa Hj. Sukarti
Nur Liyana Nadzirah Hj. Sukarti
Nur Liyana Aqilah Hj. Sukarti


***********************************************************************
jap ek.. nadz nak tukar mood tiba-tiba rasa sebak plak.. huhuhu...

(5minit berlalu)

oryteee..... dahhhh.. hahaha.. ingat tak teka-teki selepas banjir yang nadz nak bagi tadi.. tapi sebelum tu, ini teka-teki suka-suka tiada hadiah diperuntukkan.. hahaha.. baeklah... jeng3... soalannya.. selepas banjir surut dan semua mangsa telah pulang semula ke rumah masing-masing dan segalanya kembali seperti sediakala, apa fenomena baru yang akan muncul ketika itu di jalan raya??? hohohoho... anda tahu jawapannya? ingin mencuba?? sila.. sila... hahahaha

dari papan kekunci: soalan bonus untuk semua.. jika ulangtahun ibu ayah nadz masuk ke duapuluhlima tahun cuba teka berapa umur nadz???? (ceytttt.. tak boley blah~~~) anda berani????

Wednesday, February 02, 2011

20
Banjir Di Kota Tinggi (3)

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

kita bersiaran langsung dari bandar Kota Tinggi... sedikit bingkisan terkini coretan peristiwa dan keadaan semasa di daerah kecil ini.. (ada macam pembaca berita tak? xpun pengarang? hahahaha).. okey2.. semenjak dua menjak nie nadz rasa macam jadi pemberita utama keadaan di Kota Tinggi. dan pada masa yang sama traffic blog nadz pun naik mendadak berikutan ramai yang ingin mengetahui keadaan sebenar di Kota Tinggi. Alhamdulillah, semoga apa yang maklumkan dapat memberi info berguna untuk mereka-mereka...

info sebelum laporan pertama, laporan kedua..

kita terus kepada laporan banjir pada hari ini, Rabu, 02.02.2011..

alhamdulillah cuaca dah kembali cerah cuma kadang-kala diselang-seli dengan cuaca mendung dan hujan tidak berapa lebat. bagi mereka yang ingin melalui bandar Kota Tinggi, tidak perlu risau, jalan raya masih boleh dilalui. cuma bagi mereka yang ingin membeli barang-barang keperluan, sila rancang terlebih dahulu, ini kerana kebanyakan kedai-kedai kecil di sekitar bandar Kota Tinggi ditutup dalam masa seminggu sebagai langkah berjaga-jaga. apa yang merungsingkan ialah air sungai Kota masih lagi berada pada paras bahaya dan lampu kecemasan atau lampu amaran di tepi sungai Kota masih lagi menyala. berikutan itu kawasan yang berdekatan dengan sungai kota masih lagi ditenggelami air di beberapa kawasan seperti di Kampung kelantan, Kampung Panti dan juga sebahagian Jalan Kundang di Taman Kota Jaya.

melalui sumber-sumber, nadz dimaklumkan bahawa, banjir yang berlaku di Kota Tinggi adalah berikutan fenomena air pasang luar biasa yang mengakibatkan sungai kota tidak dapat menampung air dan berlakunya banjir di beberapa kawasan. antara waktu-waktu yang kebanyakan jalan terpaksa ditutup berikutan air yang melimpah ialah waktu pagi antara 3-4 pagi, tengahari antara pukul 1, dan malam bermula pukul 12 tengahmalam. keadaan ini akan terus berlanjutan sehingga air sungai kota kembali surut dan lampu amaran tidak lagi bernyala. jadi, jangan risau, cepat air naik cepatlah ia surut. hehehehe.. jalan-jalan masih boleh digunakan seperti biasa. oh ya.. beberapa penempatan mangsa banjir juga telah ditutup dan semuanya telah kembali ke rumah seperti biasa. cuma kawasan yang berdekatan dengan sungai kota sahaja masih menanti waktu dan ketikanya.. (^__^) dan insyaAllah hari ini semuanya akan pulih seperti sediakala...

ini semua maklumat yang nadz dapat dari orang-orang di sekitar nadz dan juga melalui pemerhatian nadz sendiri (mcm buat eksperimen plak.. tehee..) jika ada sebarang kesilapan maklumat yang disampaikan sila maafkan budak ini.. (^__^) untuk mangsa banjir di segamat dan kluang harap anda akan terus bersabar mengharungi dugaan Allah ini... psss... ada macam pemberita tak??? hohohoho

ini keadaan ketika air pasang sekitar jam 1 pagi di bandar kota.. nadz dan family telah berada disana menyaksikan sendiri fenomena air pasang nie sejak jam 12 tengahmalam lagi.. hebat tak?? hahaha.. tapi tula bila pagi waktu air surut semuanya kembali seperti sediakala..


ini pulak suasana berhampiran rumah nadz.. semua sibuk meninjau air yang naik sebagai langkah berjaga-jaga. waktu ni sekitar jam 11-12malam.. kalau nak dikatakan meriah.. boleh tahan lah.. hahahaha...

dari papan kekunci: mohon nadz untuk semua.. sedekahkan bingkisan al-fatihah untuk mak long nadz yang berada di KL yang kembali ke rahmatullah pada pagi tadi. semoga rohnya sentiasa dicucuri Rahmat... amin~~

Tuesday, February 01, 2011

18
Banjir Di Kota Tinggi (2)

assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

sekali lagi nadz ingin kongsikan maklumat keadaan banjir terkini di Kota Tinggi hari ini, 01 Februari 2011 kira-kira tengahari tadi.. orang selalu cakap.. ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari.. beginilah yang berlaku.. sang suria yang menjelma jangan disangka segalanya kembali pulih tapi itulah sebaliknya... ini beberapa gambar yang nadz amik dari rakan nadz dan nadz kongsikan untuk semua... 








untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai keadaan banjir di Johor anda boleh menghubungi Bilik Gerakan Banjir disini

dari papan kekunci: gambar tak berapa banyak dapat diambil memandangkan cuaca hujan dan menyukarkan pergerakan... Alhamdulillah bila nadz check statistik blog nadz hari ini dan semalam trafic nadz meningkat kerana kebanyakan yang datang disini mahu mengetahui perkembangan terkini banjir di Kota Tinggi.. semoga info yang sedikit ini dapat dikongsi bersama.. insyaAllah, nadz akan update perkembangan disini dari masa ke semasa... terima kasih semua.. (^__^)

Related Posts with Thumbnails